Skip to main content

SOS SAMBAL KICAP RUMPAI LAUT(AGAL-AGAL)

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS.


Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas Viral & Mudah (Sedap, Pedas & Menyelerakan)

Resepi ikan tenggiri asam pedas yang viral, mudah dimasak dan sangat sedap. Sesuai untuk hidangan harian atau majlis keluarga dengan rasa pedas dan masam yang menyelerakan.

resepi ikan tenggiri asam pedas, asam pedas sedap, cara masak ikan tenggiri, resepi viral Malaysia, lauk kampung mudah


Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas Viral & Mudah

Ikan tenggiri asam pedas merupakan antara hidangan tradisional yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Masakan ini terkenal dengan rasa pedas, masam, dan aroma rempah yang menyelerakan. Ia bukan sahaja sesuai dihidangkan ketika majlis keramaian seperti kenduri-kendara dan majlis perkahwinan, malah juga sesuai dimasak untuk hidangan harian bersama keluarga.

Jika anda ingin mencuba resepi ikan tenggiri asam pedas yang mudah dan sedap ini, berikut adalah bahan-bahan serta cara memasaknya.

Ikan Tenggiri Asam Pedas
Ikan Tenggiri Asam Pedas
Bahan-bahannya :-
  • 3 biji bawang besar yang telah di kisar halus.
  • 3 ulas bawang putih yang telah di kisar halus.
  • ½ inci belacan.
  • 2 senduk cili kering yang telah di kisar.
  • 1 cawan air asam jawa.
  • 1 helai daun limau.
  • 2 batang serai.
  • Ikan tenggiri
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama belacan sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
  3. Tuangkan air asam jawa, kemudian masukkan serai dan daun limau purut.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa. Biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan ia masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan ikan empuk.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips & Nota Tambahan

Masakan ikan tenggiri asam pedas ini merupakan kegemaran ramai, terutamanya bagi pencinta hidangan pedas. Resepi ini juga sering dimasak oleh pelbagai kaum di Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaan rempah dan bahan tambahan.

Anda boleh menghidangkan hidangan ini pada bila-bila masa, bukan sahaja untuk majlis istimewa, tetapi juga sebagai sajian harian untuk keluarga tercinta.

Comments