Skip to main content

SOS SAMBAL KICAP RUMPAI LAUT(AGAL-AGAL)

NASI GORENG SAMBAL BELACAN.

  

Resepi Nasi Goreng Sambal Belacan Mudah & Sedap Untuk Keluarga

Nasi goreng sambal belacan merupakan salah satu makanan yang sangat sesuai dihidangkan kepada keluarga dan orang tersayang. Hidangan ini cukup popular kerana rasanya yang enak serta mudah untuk disediakan.

Kebiasaannya, nasi goreng sambal belacan boleh didapati di hotel-hotel dan restoran-restoran sebagai hidangan kepada pelanggan yang menempah makanan tersebut. Namun begitu, dengan adanya resepi ini, anda boleh memasaknya sendiri di rumah untuk jamuan biasa.

Menu ini juga sesuai dimasak pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Untuk mencuba masakan nasi goreng sambal belacan ini, berikut adalah bahan-bahan dan cara memasaknya:



Nasi Goreng Sambal Belacan
Nasi Goreng Sambal Belacan

Bahan-bahannya:-
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 camca sambal belacan
  • 2 ekor udang
  • 3 potong udang
  • Sedikit isi ayam
  • Sedikit sayur campur
  • 1 biji telur
  • ½ biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuat

  1. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong, udang, isi ayam dan sayur campur, kemudian masak sehingga hampir masak.
  3. Masukkan telur dan kacau.
  4. Tambahkan nasi dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  7. Siap dihidangkan.

Hiasan

  • Dua hirisan tomato
  • Empat hirisan timun
  • Sedikit hirisan kubis
  • Beberapa keping keropok ikan yang digoreng

Masakan ini sesuai untuk hidangan sekeluarga. Bahan-bahan yang dinyatakan di atas adalah untuk satu hidangan sahaja. Jika ingin menyediakan untuk keluarga atau majlis keramaian, jumlah bahan hendaklah ditambah mengikut keperluan.

Cuba dahulu resepi ini, semoga dapat merasai keenakan masakannya. Selain itu, jagalah kebersihan, keselamatan dan persekitaran semasa memasak dan menyediakan makanan. Amalkan pemakanan yang berkhasiat agar dapat menjalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.


Comments